Sunday, 17 June 2012

Menuai : Cendawan Segar

17 / 06 / 2012 - Menuai cendawan untuk sebahagian beg yang telah matang.


Name : Baby Oyster Mushroom
Usia : 4 hari



Name : Bapak dan Mak Oyster Mushroom
Usia : 5 hari


muaaahhhhhhahahahahaha......




nyummmm...nyummmmm~~~~~~


I LOVE MUSHROOM.......HOW ABOUT YOU??






Tuesday, 5 June 2012

Menuai Cendawan

Setelah dua bulan diperamkan, akhirnya cendawan sudah mula mengeluarkan hasil.








Tuesday, 15 May 2012

Khasiat Cendawan Tiram Kelabu


  • Tiada bahan kimia
  • Tiada buangan haiwan
  • 100% organik ( Tidak perlu dibaja)
  • Taman tertutup
  • Penjagaan yang rapi

Di Jepun dan China, cendawan sangat digemari oleh penduduk kerana mereka berpendapat cendawan dapat dapat menghindari dari pigmentasi kulit.

Cendawan segar dapat disediakan dalam pelbagai cara masakan dan sesetengah orang berpendapat tidak perlu menambah perasa semasa memasak cendawan kerana cendawan mampu menghasilkan perasa semulajadi.

Tuesday, 1 May 2012

Cabaran Tanaman Cendawan

Semua aktiviti mempunyai cabaran tersendiri termasuklah aktiviti pertanian dan tiada aktiviti yang boleh lepas dari cabaran dan juga risiko. Cabaran di dalam aktiviti pertanian sangat meluas dan datang dari pelbagai sudut dan haruslah kita bijak dan pantas mengatasi cabaran ini agar tidak menjadi lebih parah.

Penyakit dan haiwan perosak menjadi cabaran utama di dalam tanaman cendawan. Penyakit seperti kulat hijau, kulat hitam dan kulat kuning menjadi mimpi ngeri bagi pengusaha cendawan lebih-lebih lagi yang baru bermula manakala seranggan serangga dan haiwan perosak juga menjadi masalah utama. Haiwan seperti tikus sangat suka beg cendawan.

Baru-baru ini Bangsal 1 telah diserang kulat hijau sehingga saya terpaksa menutup Bangsal tersebut dan melakukan proses Basmi Penyakit 3 peringkat di mana mengambil masa 3 minggu. Sepanjang tempoh ini kehadiran kulat hijau sentiasa dipantau dari masa ke semasa dan setakat entri ini ditulis tiada lagi jangkitan kulat hijau pada beg cendawan. Sekarang, Bangsal 1 akan di kuarantin selama 3 minggu.

Dari kejadian ini saya telah mendapat pengajaran; 'lebih baik berdepan dengan masalah diperingkat awal'. Untuk memastikan bangsal sentiasa bersih dan Basmi penyakit, langkah - langkah berikut telah dilaksanakan :

1. Bersihkan badan sebelum masuk bangsal.
2. Tidak dibenarkan membawa kasut/selipar masuk ke dalam bangsal.
3. Tidak dibenarkan memegang Beg media.
4. Tidak dibenarkan membawa makanan ke dalam Bangsal.
5. Merokok di dalam bangsal dilarang sama sekali.

Pada masa akan datang saya akan cuba menyediakan Bangsal Khas untuk pelawat agar kita sama-sama dapat berkongsi cerita mengenai tanaman cendawan.

Ben
Borneo Mushroom

Aktiviti di Ladang

Sekarang Bangsal 1 telah penuh diisi dan dalam proses pemeraman iaitu dalam dua bulan sebelum mengeluarkan hasil. Bangsal 2 dalam perjalanan diisi, para pekerja sedang memproses beg media sejak dari bulan 3 dan di anggarakan Bangsal 2 dapat menampung 6-7 ribu beg cendawan.

Pada sebelah malam proses menyuntik benih dilakukan oleh saya sendiri dari pukul 7.00pm sehingga 10.00pm dan kadang-kadang sampai tengah malam. Untuk mencapai sesuatu sasaran harus berkorban sedikit. Aktiviti ini tidaklah susah dan tidak juga mudah, ia memerlukan minat dan kesabaran yang diuli sebati sehingga menjadi adunan yang secukup rasa.

Setiap hari para penggemar cendawan akan singgah diladang dan ada juga menghubungi saya dengan hasrat mendapatkan cendawan segar tetapi seribu kemaafan cendawan masih tidur, ia hanya akan bangun selepas cukup matang dalam tempoh 2 bulan dan saya akan pastikan para penggemar cendawan dapat menikmati keenakan cendawan segar.

Ben
Borneo Mushroom

Tanaman Cendawan : 100% Organik

Tanaman Cendawan tidak memerlukan baja kimia atau racun serangga perosak. Tanaman cendawan hanya memerlukan kelembapan dan suhu yang rendah untuk hidup subur. Ini menjadikan tanaman cendawan 100% organik dan tidak memudaratkan kesihatan.

Bahan-bahan untuk menanam cendawan terdiri daripada bahan-bahan buangan semulajadi seperti serbuk kayu, dedak padi, hampas kelapa, hampas tebu dan kapas. Bahan - bahan ini akan di campurkan dengan air mengikut nisbah yang sesuai seterusnya dimasukkan ke dalam beg plastik PP. 

Apabila tiba masa cendawan keluar, beg media hanya disembur menggunakan air dan sentiasa pastikan bangsal dalam keadaan yang lembap.

Kesimpulannya, tiada baja kimia/racun digunakan dalam penanaman cendawan. 

Wednesday, 21 March 2012

Meminati Bidang Pertanian

Walaupun semasa menuntut satu ketika dahulu dalam bidang Kimia tetapi hati dan naluri lebih mencintai Bidang Pertanian. Di dalam bidang pertanian, segala-galanya ada; Kimia, Biologi, Fizik dan sebagainya yang berkaitan. Disebabkan itu saya mula mengintai peluang yang ada di dalam bidang pertanian ini.
Disebabkan minat yang terlalu mendalam, saya mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan pertanian,penternakan dan perladangan semasa masih bergelar pelajar suatu ketika dahulu.
Setelah yakin dengan segenggam ilmu yang dituntut, saya balik ke kampung halaman dan mula mencari tapak yang sesuai untuk cuba mengaplikasikan ilmu yang diperolehi. Pelbagai cabaran dan halangan ditempuhi untuk memulakan langkah pertama, tidak lain dan tidak bukan sudah pastinya soal kewangan. Tetapi ini tidak membantutkan minat saya. Selama dua tahun saya membuat perancangan untuk memulakan langkah saya.
Akhirnya, pada tahun 2012 saya Berjaya mengorak langkah pertama apabila dapat memulakan projek Tanaman Cendawan Tiram yang saya namakan sebagai Borneo Mushroom. Projek ini dijalankan secara kecil-kecilan di kampung halaman.
Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan projek ini dan dapat membantu penduduk di sekitar.

Suhu yang sesuai menggalakan pertumbuhan cendawan


Lokasi : Kampung Benuk, Jalan Puncak Borneo

Bacaan suhu di ambil pada tiga kali sehari (pagi,tengahari dan petang) selama 7 hari berturut-turut mendapati purata suhu adalah antara 26 - 29 degree celcius. Keadaan suhu ini menggalakkan pertumbuhan cendawan. Terdapat juga beberapa cara untuk mengawal suhu di dalam bangsal cendawan. 

Monday, 13 February 2012

Pengenalan terhadap Cendawan Tiram

Cendawan Tiram atau dalam nama saintifik juga dipanggil Pleurotus ostreatus merupakan tumbuhan kulat yang boleh dimakan dan banyak ditanam di Asia sejak dahulu kala tetapi kini cendawan tiram ditanam untuk tujuan komersial sebagai makanan.
Cendawan tiram sangat popular dalam masakan cina dan Jepun. Saban hari permintaan terhadap cendawan ini semakin meningkat bukan sahaja di Malaysia tetapi diseluruh dunia. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia, pengusaha cendawan tiram yang ada tidak mampu menampung permintaan pengguna.
Khasiat cendawan tiram tidak dapat disangkalkan lagi memandangkan banyak kajian telah dilakukan untuk mengetahui kandungan zatnya. Hasil dari kajian menunjukkan cendawan tiram mengandungi genus Pleoratus yang mampu menurunkan kandungan kolestrol dalam badan. Selain itu, cendawan tiram juga mengandungi zat protein yang tinggi iaitu 35% - 45% kandungan protein dan banyak lagi khasiat yang diperlukan oleh badan.

Ben.
Sumber : Osyter Mushroom Cultivation (Prof. Terou Higa), Wikipedia.