Walaupun semasa menuntut satu ketika dahulu dalam bidang Kimia tetapi hati dan naluri lebih mencintai Bidang Pertanian. Di dalam bidang pertanian, segala-galanya ada; Kimia, Biologi, Fizik dan sebagainya yang berkaitan. Disebabkan itu saya mula mengintai peluang yang ada di dalam bidang pertanian ini.
Disebabkan minat yang terlalu mendalam, saya mengikuti kursus-kursus berkaitan dengan pertanian,penternakan dan perladangan semasa masih bergelar pelajar suatu ketika dahulu.
Setelah yakin dengan segenggam ilmu yang dituntut, saya balik ke kampung halaman dan mula mencari tapak yang sesuai untuk cuba mengaplikasikan ilmu yang diperolehi. Pelbagai cabaran dan halangan ditempuhi untuk memulakan langkah pertama, tidak lain dan tidak bukan sudah pastinya soal kewangan. Tetapi ini tidak membantutkan minat saya. Selama dua tahun saya membuat perancangan untuk memulakan langkah saya.
Akhirnya, pada tahun 2012 saya Berjaya mengorak langkah pertama apabila dapat memulakan projek Tanaman Cendawan Tiram yang saya namakan sebagai Borneo Mushroom. Projek ini dijalankan secara kecil-kecilan di kampung halaman.
Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan projek ini dan dapat membantu penduduk di sekitar.
No comments:
Post a Comment