Sunday, 24 February 2013

2013:Tahun Baru untuk My Mushroom

Salam Sejahtera,

Tahun 2012 telah berlalu dan tuaian cendawan juga telah sampai kemuncak. Ini bermakna tiada lagi cendawan dihasilkan buat sementara waktu dan sedang dalam proses penyediaan beg media yang baru. Tuaian yang seterusnya akan dimaklumkan kemudian.

Serba sedikit ingin dikongsi bersama para pelanggan yang dikasihi sekalian,

Minat untuk menanam cendawan sudah mula berputik di dalam sanubari sejak menuntut di institusi suatu ketika dahulu(2009) apabila dibawa melawat ke sebuah kebun cendawan di negeri Perak. Sejak dari hari itu, saya mula berazam untuk menanam cendawan. Setiap hujung minggu saya akan berguru dengan seorang Master Sifu dalam dunia Tanaman Cendawan. Apabila ada budget lebih saya akan pergi ke Johor untuk bertapa.

Setelah habis pengajian di institusi saya balik ke Sarawak dan dengan berbekalkan ilmu yang dikumpul saya mula menanam secara kecil-kecilan iaitu bermula dengan 100 beg, kemudian apabila sudah yakin saya tanam 500 beg dan sekarang dalam 5000 beg. Syukur kepada Tuhan kerana rezekinya. 

Perjalanan dalam bidang ini tidaklah lurus seperti yang kebanyakan orang katakan, liku dan duri, jatuh dan bangun dilalui. Tetapi ia adalah asam garam dalam apa jua bidang. Lagipun saya masih setahun jagung dan semua itu adalah bagus untuk menjadi lebih matang dalam bidang ini. 

Terima Kasih kepada ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan Terima Kasih tidak terhingga kepada para pelanggan cendawan tiram segar di atas sokongan anda. 

Terima Kasih
Benedict Samling

Sunday, 17 June 2012

Menuai : Cendawan Segar

17 / 06 / 2012 - Menuai cendawan untuk sebahagian beg yang telah matang.


Name : Baby Oyster Mushroom
Usia : 4 hari



Name : Bapak dan Mak Oyster Mushroom
Usia : 5 hari


muaaahhhhhhahahahahaha......




nyummmm...nyummmmm~~~~~~


I LOVE MUSHROOM.......HOW ABOUT YOU??






Tuesday, 5 June 2012

Menuai Cendawan

Setelah dua bulan diperamkan, akhirnya cendawan sudah mula mengeluarkan hasil.








Tuesday, 15 May 2012

Khasiat Cendawan Tiram Kelabu


  • Tiada bahan kimia
  • Tiada buangan haiwan
  • 100% organik ( Tidak perlu dibaja)
  • Taman tertutup
  • Penjagaan yang rapi

Di Jepun dan China, cendawan sangat digemari oleh penduduk kerana mereka berpendapat cendawan dapat dapat menghindari dari pigmentasi kulit.

Cendawan segar dapat disediakan dalam pelbagai cara masakan dan sesetengah orang berpendapat tidak perlu menambah perasa semasa memasak cendawan kerana cendawan mampu menghasilkan perasa semulajadi.

Tuesday, 1 May 2012

Cabaran Tanaman Cendawan

Semua aktiviti mempunyai cabaran tersendiri termasuklah aktiviti pertanian dan tiada aktiviti yang boleh lepas dari cabaran dan juga risiko. Cabaran di dalam aktiviti pertanian sangat meluas dan datang dari pelbagai sudut dan haruslah kita bijak dan pantas mengatasi cabaran ini agar tidak menjadi lebih parah.

Penyakit dan haiwan perosak menjadi cabaran utama di dalam tanaman cendawan. Penyakit seperti kulat hijau, kulat hitam dan kulat kuning menjadi mimpi ngeri bagi pengusaha cendawan lebih-lebih lagi yang baru bermula manakala seranggan serangga dan haiwan perosak juga menjadi masalah utama. Haiwan seperti tikus sangat suka beg cendawan.

Baru-baru ini Bangsal 1 telah diserang kulat hijau sehingga saya terpaksa menutup Bangsal tersebut dan melakukan proses Basmi Penyakit 3 peringkat di mana mengambil masa 3 minggu. Sepanjang tempoh ini kehadiran kulat hijau sentiasa dipantau dari masa ke semasa dan setakat entri ini ditulis tiada lagi jangkitan kulat hijau pada beg cendawan. Sekarang, Bangsal 1 akan di kuarantin selama 3 minggu.

Dari kejadian ini saya telah mendapat pengajaran; 'lebih baik berdepan dengan masalah diperingkat awal'. Untuk memastikan bangsal sentiasa bersih dan Basmi penyakit, langkah - langkah berikut telah dilaksanakan :

1. Bersihkan badan sebelum masuk bangsal.
2. Tidak dibenarkan membawa kasut/selipar masuk ke dalam bangsal.
3. Tidak dibenarkan memegang Beg media.
4. Tidak dibenarkan membawa makanan ke dalam Bangsal.
5. Merokok di dalam bangsal dilarang sama sekali.

Pada masa akan datang saya akan cuba menyediakan Bangsal Khas untuk pelawat agar kita sama-sama dapat berkongsi cerita mengenai tanaman cendawan.

Ben
Borneo Mushroom

Aktiviti di Ladang

Sekarang Bangsal 1 telah penuh diisi dan dalam proses pemeraman iaitu dalam dua bulan sebelum mengeluarkan hasil. Bangsal 2 dalam perjalanan diisi, para pekerja sedang memproses beg media sejak dari bulan 3 dan di anggarakan Bangsal 2 dapat menampung 6-7 ribu beg cendawan.

Pada sebelah malam proses menyuntik benih dilakukan oleh saya sendiri dari pukul 7.00pm sehingga 10.00pm dan kadang-kadang sampai tengah malam. Untuk mencapai sesuatu sasaran harus berkorban sedikit. Aktiviti ini tidaklah susah dan tidak juga mudah, ia memerlukan minat dan kesabaran yang diuli sebati sehingga menjadi adunan yang secukup rasa.

Setiap hari para penggemar cendawan akan singgah diladang dan ada juga menghubungi saya dengan hasrat mendapatkan cendawan segar tetapi seribu kemaafan cendawan masih tidur, ia hanya akan bangun selepas cukup matang dalam tempoh 2 bulan dan saya akan pastikan para penggemar cendawan dapat menikmati keenakan cendawan segar.

Ben
Borneo Mushroom

Tanaman Cendawan : 100% Organik

Tanaman Cendawan tidak memerlukan baja kimia atau racun serangga perosak. Tanaman cendawan hanya memerlukan kelembapan dan suhu yang rendah untuk hidup subur. Ini menjadikan tanaman cendawan 100% organik dan tidak memudaratkan kesihatan.

Bahan-bahan untuk menanam cendawan terdiri daripada bahan-bahan buangan semulajadi seperti serbuk kayu, dedak padi, hampas kelapa, hampas tebu dan kapas. Bahan - bahan ini akan di campurkan dengan air mengikut nisbah yang sesuai seterusnya dimasukkan ke dalam beg plastik PP. 

Apabila tiba masa cendawan keluar, beg media hanya disembur menggunakan air dan sentiasa pastikan bangsal dalam keadaan yang lembap.

Kesimpulannya, tiada baja kimia/racun digunakan dalam penanaman cendawan.