Tuesday, 1 May 2012

Aktiviti di Ladang

Sekarang Bangsal 1 telah penuh diisi dan dalam proses pemeraman iaitu dalam dua bulan sebelum mengeluarkan hasil. Bangsal 2 dalam perjalanan diisi, para pekerja sedang memproses beg media sejak dari bulan 3 dan di anggarakan Bangsal 2 dapat menampung 6-7 ribu beg cendawan.

Pada sebelah malam proses menyuntik benih dilakukan oleh saya sendiri dari pukul 7.00pm sehingga 10.00pm dan kadang-kadang sampai tengah malam. Untuk mencapai sesuatu sasaran harus berkorban sedikit. Aktiviti ini tidaklah susah dan tidak juga mudah, ia memerlukan minat dan kesabaran yang diuli sebati sehingga menjadi adunan yang secukup rasa.

Setiap hari para penggemar cendawan akan singgah diladang dan ada juga menghubungi saya dengan hasrat mendapatkan cendawan segar tetapi seribu kemaafan cendawan masih tidur, ia hanya akan bangun selepas cukup matang dalam tempoh 2 bulan dan saya akan pastikan para penggemar cendawan dapat menikmati keenakan cendawan segar.

Ben
Borneo Mushroom

No comments:

Post a Comment