Semua aktiviti mempunyai cabaran tersendiri termasuklah aktiviti pertanian dan tiada aktiviti yang boleh lepas dari cabaran dan juga risiko. Cabaran di dalam aktiviti pertanian sangat meluas dan datang dari pelbagai sudut dan haruslah kita bijak dan pantas mengatasi cabaran ini agar tidak menjadi lebih parah.
Penyakit dan haiwan perosak menjadi cabaran utama di dalam tanaman cendawan. Penyakit seperti kulat hijau, kulat hitam dan kulat kuning menjadi mimpi ngeri bagi pengusaha cendawan lebih-lebih lagi yang baru bermula manakala seranggan serangga dan haiwan perosak juga menjadi masalah utama. Haiwan seperti tikus sangat suka beg cendawan.
Baru-baru ini Bangsal 1 telah diserang kulat hijau sehingga saya terpaksa menutup Bangsal tersebut dan melakukan proses Basmi Penyakit 3 peringkat di mana mengambil masa 3 minggu. Sepanjang tempoh ini kehadiran kulat hijau sentiasa dipantau dari masa ke semasa dan setakat entri ini ditulis tiada lagi jangkitan kulat hijau pada beg cendawan. Sekarang, Bangsal 1 akan di kuarantin selama 3 minggu.
Dari kejadian ini saya telah mendapat pengajaran; 'lebih baik berdepan dengan masalah diperingkat awal'. Untuk memastikan bangsal sentiasa bersih dan Basmi penyakit, langkah - langkah berikut telah dilaksanakan :
1. Bersihkan badan sebelum masuk bangsal.
2. Tidak dibenarkan membawa kasut/selipar masuk ke dalam bangsal.
3. Tidak dibenarkan memegang Beg media.
4. Tidak dibenarkan membawa makanan ke dalam Bangsal.
5. Merokok di dalam bangsal dilarang sama sekali.
Pada masa akan datang saya akan cuba menyediakan Bangsal Khas untuk pelawat agar kita sama-sama dapat berkongsi cerita mengenai tanaman cendawan.
Ben
Borneo Mushroom
syabas bro..tingkatkan usaha dan pasti akan beroleh kejayaan
ReplyDeleteThanks Bro Donnz...
ReplyDelete