Sunday, 24 February 2013

2013:Tahun Baru untuk My Mushroom

Salam Sejahtera,

Tahun 2012 telah berlalu dan tuaian cendawan juga telah sampai kemuncak. Ini bermakna tiada lagi cendawan dihasilkan buat sementara waktu dan sedang dalam proses penyediaan beg media yang baru. Tuaian yang seterusnya akan dimaklumkan kemudian.

Serba sedikit ingin dikongsi bersama para pelanggan yang dikasihi sekalian,

Minat untuk menanam cendawan sudah mula berputik di dalam sanubari sejak menuntut di institusi suatu ketika dahulu(2009) apabila dibawa melawat ke sebuah kebun cendawan di negeri Perak. Sejak dari hari itu, saya mula berazam untuk menanam cendawan. Setiap hujung minggu saya akan berguru dengan seorang Master Sifu dalam dunia Tanaman Cendawan. Apabila ada budget lebih saya akan pergi ke Johor untuk bertapa.

Setelah habis pengajian di institusi saya balik ke Sarawak dan dengan berbekalkan ilmu yang dikumpul saya mula menanam secara kecil-kecilan iaitu bermula dengan 100 beg, kemudian apabila sudah yakin saya tanam 500 beg dan sekarang dalam 5000 beg. Syukur kepada Tuhan kerana rezekinya. 

Perjalanan dalam bidang ini tidaklah lurus seperti yang kebanyakan orang katakan, liku dan duri, jatuh dan bangun dilalui. Tetapi ia adalah asam garam dalam apa jua bidang. Lagipun saya masih setahun jagung dan semua itu adalah bagus untuk menjadi lebih matang dalam bidang ini. 

Terima Kasih kepada ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan Terima Kasih tidak terhingga kepada para pelanggan cendawan tiram segar di atas sokongan anda. 

Terima Kasih
Benedict Samling

No comments:

Post a Comment