Cendawan Tiram atau dalam nama saintifik juga dipanggil Pleurotus ostreatus merupakan tumbuhan kulat yang boleh dimakan dan banyak ditanam di Asia sejak dahulu kala tetapi kini cendawan tiram ditanam untuk tujuan komersial sebagai makanan.
Cendawan tiram sangat popular dalam masakan cina dan Jepun. Saban hari permintaan terhadap cendawan ini semakin meningkat bukan sahaja di Malaysia tetapi diseluruh dunia. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia, pengusaha cendawan tiram yang ada tidak mampu menampung permintaan pengguna.
Khasiat cendawan tiram tidak dapat disangkalkan lagi memandangkan banyak kajian telah dilakukan untuk mengetahui kandungan zatnya. Hasil dari kajian menunjukkan cendawan tiram mengandungi genus Pleoratus yang mampu menurunkan kandungan kolestrol dalam badan. Selain itu, cendawan tiram juga mengandungi zat protein yang tinggi iaitu 35% - 45% kandungan protein dan banyak lagi khasiat yang diperlukan oleh badan.
Ben.
Sumber : Osyter Mushroom Cultivation (Prof. Terou Higa), Wikipedia.
No comments:
Post a Comment